Pemakanan
Elakkan makan makanan berminyak. Sebaliknya melebihkan sayuran, buahan dan bijirin.
Pencuci muka
Seeloknya gunakan yang tertulis bebas minyak (oil-free). Jangan seringkali menukar-nukar jenama pencuci muka yang dah sesuai dengan muka. Guna 1 jenis. Buat scrubbing untuk membersihkan liang pori-pori. Liang pori-pori yang tersumbat, kotor dan berminyak senang ditumbuhi jerawat.
Pelembap
Guna pelembab muka dan bedak alas yang mengandungi UV dan bebas minyak (oil-free). Check sebelum beli produk mekap tertera perkataan NON-COMEDOGENIC (tidak menutup liang pori) dan mengandungi AHA (Alpha-Hydroxy Acids). AHA berfungsi dalam menanggalkan sel kulit mati.
Amalkan basuh muka menggunakan air suam, kulit muka akan rasa lebih rileks. Basuh dengan air sejuk membuatkan kulit terkejut. Pernah terbaca ada 1 kebaikan memiliki kulit berminyak iaitu kedutan dan figmentasi muncul lebih lambat berbanding dengan mereka yang memiliki kulit muka jenis lain seperti kulit normal atau kering. Kesimpulannya muka berminyak, kulit lambat kedut? yeke?? hahaha
No comments:
Post a Comment